Kami di UMM BARAQAH RESOURCES amat menitik beratkan maklumbalas para pelanggan kami. Ini adalah bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan di masa depan.
Pihak kami tidak memaparkan No telefon dan Emel pelanggan kami untuk menjaga privasi mereka.
Tahap Kepuasan 1~10. (1=Teruk dan 10=Terbaik)
MAKLUMBALAS Dari En Zunus (Taman Sri Muda, Seksyen 26 Shah Alam)
Salam, saya dan kawan-kawan puas hati daging kambing 6 ekor tu banyak dan kurang lemak plus tak bau. Moga lain masa kita berurusan lagi
MAKLUMBALAS Dari En. Faiz (Kampung Jawa, Klang)
Alhamdulillah semuanya dari katering ke kaum keluarga berpuas hati dengan kambing tuan.
MAKLUMBALAS Dari En. Razak (Damansara, Kuala Lumpur)
8 markah, daging banyak dan tidak berbau
Feedback from Mr. Daniel, Taman Kinrara Jalan Puchong (1 goatling as a pet for his son)
Everyone loves the goatling. Even my dogs like him and have not attacked him. Your service score is 10/10. Just excellent! Keep up the goodwork
MAKLUMBALAS Dari En. Kamaruddin (Caterer di Bandar Botanik, Klang)
Perkhidmatan anda sangat baik 9 markah.Markah penuh jika menyediakan kambing biri-biri. Teruskan usaha anda, saya yakin syarikat anda akan maju dan berkembang dengan cepat. Good luck and have a great day
MAKLUMBALAS Dari En. Azlan dan Puan Shuhairah (Ampang)
Kualiti baik dan sedap. Markah boleh diberi 9.5. 9.5 sudah kira perfect bagi saya
tak perlu perbaiki apa2..teruskan sahaja mutu perkhidmatan seperti ini
MAKLUMBALAS Dari En. Izar (Taman Seri Andalas, Klang)
Waalaikumussalam, 10 markah. Semua baik, servis baik, kambing besar
MAKLUMBALAS Dari En. Kamazaman atas tempahan kedua(Kampung Jawa, Klang)
Ok, condition cun.. Services very good.. 10 point i bring your services
MAKLUMBALAS Dari En. Hamizi(Taman Meru Aman, Meru)
Semua tetamu kata daging lembut. 10 markah saya bagi
MAKLUMBALAS Dari Ustazah Mazifah(Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang)
Terima kasih atas servis... Kambing alhamdulillah tak rasa makan kambing.. Mak kata mak bagi 9 markah. Terima kasih banyak-banyak
MAKLUMBALAS Dari En. Kamarul Azizan b Abdul Rahman(Damansara Utama)
Kami amat berpuas hati dengan kambing ini. Daging banyak dan tak berbau. Akan direkomen pada orang lain. Rating 9/10
MAKLUMBALAS Dari En. Ade khairool(Kampung Rantau Panjang, Klang)
Terima kasih atas servis yang diberikan. Daging lembut dan tidak berbau. Saya beri 9 markah (10 markah jika saya sempat menghadiri sembelihan =))
MAKLUMBALAS Dari Pn Nor Fhadilina (Setapak, Gombak)
Alhamdulillah, masakan sedap & dagingnya lembut. Sampai pun on time & masih panas bila kami mkn berbuka puasa. 10 markah.
MAKLUMBALAS Dari En. Umair, Seksyen 17, Shah Alam
Alhamdulillah. Saya beri 10 markah. Daging kambing memang lembut dan tak berbau. Insyaallah saya akan sarankan pada rakan saya. Kualiti servis memang yang terbaik
MAKLUMBALAS Dari En. Kamazaman, Kampung Jawa, Klang
Waalaikumussalam, terima kasih, servis memang best, tepat pada waktu. Packing kemas, xsangka pulak kambing dipacking sebegitu rupa.... ramai yang tanya beli kat mana? Apa yang pasti dalam masa terdekat nak order sekor lagi untuk jamuan raya.. date nanti saya confirmkan.. (Service 10)
MAKLUMBALAS Dari En. Azmil bin Abrar, Bandar Sri Permaisuri Cheras, KL
Terima kasih En. Faizal .. Alhamdulillah saya beri markah penuh sepuluh.."
MAKLUMBALAS Dari Brother Wasim, Shah Alam
JZK my brother.
I'll give you a 10/10. Fantastic, reliable, on time and friendly. Truly how a Muslim should conduct business.
One pointer, you might want to inform the customer of the weight of the head and organs, as these often cannot be cooked along with the rest of the regular meat...
Alhamdulillah, there was truly Barakah in the provisions. We fed 120 people or so, very well, with a little left over. Many of the congregation brought small amounts of food to share also, may Allah bless and reward them. The rice finished and we sent people out to get some more, but that was the biggest hick-up.
Please do visit Alkhaadem when you get some time, I'm certain you will benefit. Sunday morning lecture with Sheik Hussain Yee, in English starts at 11:00AM. This is the location: http://al-khaadem.com.my/contact-us.html
I will recommend you to my brothers and sisters inshallah.
Regards
Wasim
MAKLUMBALAS Dari Puan Juhanita, Awan Besar Kuala Lumpur
We rate you 10 over 10. Alhamdulillah we are very happy with the service. Insyaallah we are looking into using your service again for Qurban this year. About our friend, we'll passed your number to him. Already told him about how good is your service. Jazakallahukhair
MAKLUMBALAS Dari Ustaz Ahmad Alauddin bin Kamal, Batu Caves
salam.
alhamdulillah, kambing bersih tanpa bulu, dan tak berbau.. smua hadirin puas hati dgn daging kambing yg tak berbau... penghantaran masa tepat.. perkhidmatan sgt baik... terima kasih kambing halal... :). Rating 11 untuk kambing ini.
MAKLUMBALAS Dari Ustaz Muhammad Rizal, Paya Jaras
Ana beri 10 Markah
MAKLUMBALAS Dari Encik Mohd Rasid, Meru Klang
Abang berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan syarikat anda. Daging kambing tidak berbau dan kesegarannya pun tahan selepas perjalanan jauh ke setiawan. Abang beri tahap kepuasan 9.5 dan akan war-warkan pada rakan-rakan dan sanak saudara. Terima kasih banyak-banyak.
MAKLUMBALAS Dari Puan Azni Bandar Baru Bangi
10, memang bagus dan insya'allah kami akan war-war pada rakan-rakan lain, terima kasih
MAKLUMBALAS Encik Jamaludin aka Pak Din, Caterer Desa Pandan
Pak Din berpuas hati dengan kualiti kambing aqiqah. Daging kambing tidak berbau dan pelanggan Pak Din pun berpuas hati. Terima kasih diucapkan.
MAKLUMBALAS Dari Puan Shahida Saher, Shah Alam Selangor
Assalammualaikum,
Kami dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada syarikat UMM Baraqah Resources di atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan semasa kami membuat urusan pembelian
2 ekor kambing bagi tujuan Aqiqah anak lelaki kami.
Kami amat berpuas hati dengan layanan dan kemudahan urusan Syarikat ini melalui wakilnya En Faizal,
yang begitu ramah, mesra dan berpengetahuan luas mengenai produknya.
Alhamdullillah, urusan pembelian juga tidak mengambil masa yang panjang. Pada hari Khamis 8hb Julai 2010, saya telah menghubungi En Faizal melalui no. telefon yang saya perolehi dari website kambinghalal.blogspot.com. Selepas menyatakan niat kami dan mendapat penerangan mengenai pembelian 2 ekor kambing seperti yang kami hajatkan, kami pun membayar 50% deposit seperti yang telah dipersetujui. Pada hari Sabtu 17hb Julai 2010 pada jam 5 petang, kami telah hadir untuk menyaksikan sendiri penyembelihan kambing kami itu, selepas itu kami dibawa melawat sekitar, kandang kambing bersih dan kambing-kambing pun nampak sihat. Pada hari Ahad 18hb Julai 2010, seperti yang dijanjikan En Faizal menghantar kambing yang sudah di masak kari. Memang menepati janji.
Kami menyandarkan kepercayaan yang penuh dan menyokong Syarikat Bumiputera yang sentiasa menberikan khidmat yang terbaik seperti UMM Baraqah Resources. Semoga dapat berurusan lagi di masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada En Faizal dan Team UMM Baraqah Resources.
Shahida
MAKLUMBALAS En Zakaria bin Majid, Kampung Jawa, Klang
Alhamdulillah pakcik berpuas hati diatas perkhidmatan yang diberikan malah tukang masak sendiri memberikan komen yang sama. Dengan ini pakcik memberikan tahap 10 diatas perkhidmatan. Disamping itu pakcik menjemput datang menjemputdatang untuk meriahkan kenduri ! Ok, Assalamualaikum
MAKLUMBALAS Encik Hisham Yusof
Terima kasih atas perkhidmatan dan saya berpuas hati dengan tempahan 2 ekor kambing. Dagingnya pun tidak berbau
MAKLUMBALAS En. Mohd Hafiz binAhmad Nasruddin
Saya beri tahap 7 untuk kepuasan dan cadangkan penggunaan GPS