Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Tips Panggang Daging Kambing

Assalamualaikum Wrmbth,

Cara pemanggangan yang betul harus dipelajari bagi memperolehi hasil yang lazat. Disini saya kongsikan petua memangganga daging khususnya kambing :) Selamat mencuba. Link asal artikel SINI



KAEDAH BETUL PANGGANG DAGING DAN AYAM


SEBELUM anda panggang daging atau ikan dalam ketuhar, panaskan ketuhar lebih dahulu dan suhunya mestilah tinggi.

Dengan cara ini, bahagian luar daging segera kental dan menyelamatkan cecair di dalamnya daripada sejat.

Selepas 10 hingga 20 minit, barulah turunkan suhu ketuhar dan teruskan memanggang hingga seluruh daging masak.

Sesetengah jenis daging perlu sering dipupuk dengan cecair agar ia tidak kering tetapi bahagian daging yang banyak lemak, tidak perlukan anda berbuat demikian kerana lemak tersebut cukup untuk membekalkan cairan untuk memasaknya.

Jika anda panggang ayam, mulakan dengan menaruhkan ayam tersebut dalam keadaan tiarap dan selepas separuh masak, barulah diterlentangkan untuk membolehkan jus dan lemaknya mengalir ke dalam daging di bahagian dadanya.

Tetapi anda perlu lebih dahulu pastikan yang anda menggunakan dulang dengan saiz yang betul untuk daging yang anda panggang sebab jika dulangnya terlalu besar, makanan yang anda panggang mudah hangus dan jika terlalu kecil pula, daging yang dipanggang akan melekat pada bahagian tepi dulangnya.

Sementara dulang yang terlalu rendah akan menyebabkan ketuhar anda kotor akibat percikan daripada cecair dan lemak daging dan jika dulangnya terlalu dalam, cecair yang terkumpul akan menyebabkan daging anda menjadi daging kukus dan bukan panggang

Saturday, December 4, 2010

Kari Kambing Kashmir @ Kashmir Style Goat Curry

Assalamualaikum wrmbth,

Disini saya sertakan resepi Kari Kambing Kashmir.


Resepi Kari Kambing Kashmir (Resepi Nehari)
Gambar kari ini saya ambil dari SINI
Bahan-bahan :
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :

1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.

3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Terima kasih diucapkan pada puan yang berkongsi resepi di
RESEPI KARI KAMBING KASHMIR