Saturday, December 4, 2010

Ingin Bela kambing?

Assalamualaikum wrmbth :)



Anda bekerja makan gaji? Bosan dengan bidang masing-masing? Berminat menternak kambing?

Tunggu dulu. Semua orang akan melalui fasa untuk meneliti apa yang perlu dilakukan untuk menjamin kedudukan kewangan mereka kelak.

Perkara yang harus ditikberatkan dan sering terlepas pandang,semua bidang mempunyai cabaran masing-masing. Apa yang paling penting.. kesabaran (Kerjasama :) ) dan kerja keras yang istiqamah (berterusan) dan selebihnya tawakal kepada Allah.

Bagi mereka yang berminat dengan bidang penternakan (bela) kambing ini. Anda dinasihatkan merenung kembali perkara dibawah:

1) Kenapa anda hendak membela kambing? Minat mendalam atau terikut-ikut kawan
2) Ada kawan atau ahli keluarga yang pernah menternak kambing atau doktor veterinar? Kalau ada senang nak tanya bila masalah tiba
3) Modal anda dari duit titik peluh sendiri atau pinjaman bank? Seboleh-bolehnya, mulakan perniagaan kecil-kecilan dulu.. jangan meminjam lebih-lebih lagi dari bank kerana pulangan yang lambat
4) Anda sebenarnya berminat berniaga atau menternak? Kalau berniaga, lebih baik anda fokus pada trading.. Menternak perlukan masa, tenaga dan kesungguhan
5) Sudah pergi kursus penternakan? Kalau belum, daftarlah kursus sembelihan yang melibatkan praktikal atau amali. Kursus yang pendek dan menekankan teori sahaja tidak disarankan.
6) Anda minat membaca? Beli banyak buku rujukan tentang penjagaan kambing
7) Sudah melawat jabatan perkhidmatan veterinar terdekat? Boleh melawat dan dapat khidmat nasihat mereka
8) Anda tenaga kerja tambahan jika berlaku kecemasan? Kambing tetap perlu jagaan semasa anda balik kampung bercuti raya dan sebagainya
9) Sudah ada wang simpanan kecemasan? Ekoran dari pulangan modal yang lambat.. anda perlu mempunyai cara tambahan untuk menanggung kos operasi.

Itulah sedikit sebanyak soalan yang anda perlu tanya sendiri sebelum menceburi bidang ini. Selamat maju jaya

Link asal Artikel ini DISINI

0 comments:

Post a Comment